Sunday 20 May 2012

Terima Kasih Cikgu!

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


16 Mei setiap tahun menjadi tarikh keramat bagi semua pendidik di negara. Bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"  pada tahun 2012 cukup memberi seribu makna dan perubahan kepada pendidikan di negara.


Guru, pelita hidup yang menerangi anak bangsa hingga menjadi bangsa yang berguna, disegani ramai dan tidak ubah menjadikan  seorang pemimpin yang berkaliber. Rasanya, belum terlambant lagi jika saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang telah mengajar saya bermula dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat universiti. Tanpa insan yang bernama guru, tiadalah jua insan yang bernama pelajar. Kepada guru di Sekolah Kebangsaan Zainab (1), juga Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) yang sudah 11 tahun mendidik saya dan bersabar dalam menghadapi perangai dan kerenah saya. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah saya yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah banyak mencurahkan ilmu dalam mendidik saya untuk menjadi seoarang bakal guru yang berdisplin. Terima Kasih, Cikgu.. Pengorbanan yang mereka telah berikan tanpa penat lelah dan jemu berjaya mendidik saya hingga berjaya ke menara gading.. 

3 amalan yang akan di bawa selepas mati:
1) Doa anak yang soleh
2) Ilmu yang dimanfaatkan
3) Sedekah dan amal jariah


Bagi guru saya yang kembali ke rahmatullah, saya mendoakan agar roh mereka dirahmati oleh Allah S.W.T. Ilmu yang telah dimanfaatkan oleh guru saya akan saya amalkan sebaik mungkin... Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat guru yang telah meninggalkan kita semua. Walaupun mereka sudah tiada, namun ilmu yang dimanfaatkan tetap segar di ingatan... Terima Kasih Cikgu! Jasamu akan ku Kenang Selalu..


Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, Selamat hari Guru juga saya ucapkan. Diharap bakal-bakal guru nanti dapat menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak murid.



Jom dengar..hehe







 :: guru..dirimu amat berharga :: ^_^
      TERIMA KASIH, CIKGU~